FAQ

“Bolehkah saya nak tempah 1 pakej untuk 2 belah pihak?”
Tidak. 1 pakej yang ditempah tidak boleh dikongsi dengan dua belah pihak. 1 pakej hanya tertakluk kepada majlis 1 pihak sahaja.

“Bila agaknya album saya siap?”
Tempoh album siap adalah seawal 1 bulan atau selewat-lewatnya 3 bulan. Namun tempoh ini bergantung kepada season peak/giliran. Tidak termasuk cuti umum bagi memberi masa yang cukup untuk ShotShooters menyediakan post-processing custom album.

“Lepas album siap, kena ambil sendiri atau ShotShooters poskan?”
Anda boleh datang untuk ambil sendiri album yang telah siap atau ShotShooters akan kurier album tersebut ke tempat anda. Kos penghantaran akan dikenakan.

“Berapa lama tempoh pengambilan album selepas diberitahu album telah siap?”
Anda perlu mengambil album yang telah siap dalam masa tempoh tidak kurang daripada 3 bulan selepas pemberitahuan. Album yang tidak dituntut melebihi tempoh 3 bulan akan dilupuskan.

“Kalau belum habis bayar, boleh ambil album dahulu tak?”
Tidak. ShotShooters berhak menahan pemberian album bagi pembayaran yang belum dijelaskan sepenuhnya.

“Adakah deposit dipulangkan sekiranya saya membatalkan tempahan?”
Deposit tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan tempahan kecuali berlaku kematian atau kemalangan atau kegagalan yang tidak dapat diealakkan terhadap jurufoto bertugas. Deposit juga tidak akan dipulangkan bagi penukaran tarikh yang dimaklumkan kurang dari 2 minggu dari hari majlis sekiranya tarikh yang dipinda telah ketiadaan jurufoto.

“Ada caj tambahan?”
Harga pakej tidak termasuk caj perjalanan, penginapan, kos kurier atau caj luar negara. Caj-caj tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Anggaran caj akan dimaklumkan kepada pelanggan mengikut lokasi majlis dan kadar ulang-alik.

“Siapakah yang akan mengambil gambar-gambar saya?”
ShotShooters berhak menghantar mana-mana jua jurufoto untuk tugasan mengikut lokasi pelanggan.

Followers